Dalam Kelam Itu

>> Friday, November 20, 2009

Dalam kelam itu
Aku meraba
Mencari mana benar
Mana salah
Mana jahat
Mana baik
Mana buruk

Dalam kelam itu lagi
Aku terjumpa satu lampu
Cerah dari jauh
Spotlight kah itu
Atau cuma lampu neon

Aku berlari
Terus berlari
Mencari cahaya itu

Nah, Kini
Cahaya digenggam erat
Kuat tak terlepas
Pasti!

Namun
Sedang menggenggam spotlight
Mentari pula muncul
Menawar diri untuk membantu
Katanya cuba menerangi ku

Apa harus ku lakukan
Memilih mentari atau terus dengan spotlight itu
Atau memilih kedua-nya?

Nah, kalau dipilih dua,
Nescaya dikata aku tamak
Jika menolak mentari, risau dikata bodoh
Jika menolak spotlight, risau dikata tidak bijak

Lantas, tangan ditadah
Memohon petunjukNya
Allah, ku pohon Mu
Tunjukkan ku jalan terbaik
Berikan aku petunjuk
Siapa sebenarnya jahat,
Siapa sebenarnya baik,
Dan siapa sebenarnya harus ku pilih.

Allah,
Ku sempit tersepit
Antara yang besar atau yang kecil
Kerana keduanya, memberi makna bagiku..

Allah, ku memohon jua dari mu..
Dijauhkan dari malapetaka ini..
Kerna kini ku mengerti,
spotlight dan mentari,
Kedua-duanya musuhku
Yang sengaja cuba menipu

Moga aku terus thabat di jalan ini
Tanpa gangguan sebegini..


Read more...

Lama benar menyepi...

Salam Alaik dan Salam Sejahtera..

Lama benar aku menyepi dari menulis sesuatu.. Sebenarnya, sejak berpindah ke rumah baru, dah takda internet dah.. Sekrang tengah berkira-kira menyusun perbelanjaan baik-baik.. Perkara yang kurang penting, ditolak tepi kejap.. Agar dapat diselesaikan yang penting-penting aja..

Alhamdulillah, syukur kerana Allah terus mengurnia segala nikmat yang tidak terhingga banyaknya.. Kira-kira 3 minggu lepas, zaujah habibah telah melapor diri JPWPKL.. ALhamdulillah, biarpun ditempatkan di SMK Convent Jalan Peel yang agak jauh (about 80km pergi balik) setiap hari dari Putrajaya, beliau masih diberi kekuatan.. Tahniah buat isteriku,.. Dalam sarat mengandung (minggu ke 36), beliau masih lagi kuat menerima semua cabaran dan dugaan alam pekerjaan sebagai muallimah dengan baik. Setiap hari ada saja yang menyulitkan, tapi alhamdulillah segalanya bisa diuruskan-Nya. Alhamdulillah.

Kira-kira 6 hari lagi, kami akan bertolak balek ke rumah mertua dan kampung kami berdua di Kelantan. Insya-Allah ia adalah permulaan kepada kerehatan isteriku. Moga-moga dia dapat berehat dengan baik menuju tarikh due yang sepatutnya 14 Disember 2009.

Entahlah, hati berasa sedikit gusar dan gabra. Manakan tidak, ini pengalaman pertama yang benar-benar memberi ilmu baru kepada ku. Apapun, aku amat berharap semoga Allah sentiasa beri kemudahan, ketenangan dan kesenangan kepada isteriku kelak. Moga dijauhkan dari segala kesakitan yang merumitkan. HAnya Engkau pemudah segala perancangan. Insya-Allah. Aku juga berharap, di saat isteriku hampir bersalin kelak, aku akan berada disisinya. Insya-Allah. Moga Allah memakbulkan doa ku ini.

Di saat kesibukan kerja yang melambak, aku terus berusaha menjadi suami yang hebat dan terbaik. Terkadang ada kelemahan yang tidka mampu ku atasi. Namun, doa tetap menjadi butir2 yang keluar dari mulut biar tahu diri tak termampu.. Allah, berikan aku kekuatan, untuk terus berjaya mendidik diri sebagai suami dan ayah terbaik selama-lamanya. Insya-Allah..

Salam terima kasih buat ummi abah dan mama papa yang sentiasa support segala bentuk yang kami perlukan.

Buat zaujah tercinta, abang sentiasa bersama sayang menharungi segalanya. Walau abang tahu abang juga 'cacat', mungkin lebih 'cacat' dari yang lain.. Tapi abang berusaha menjadi yang ter-paling-amat hebat disisimu.. =)

Buat puteri yang bakal lahir, selamat datang ke dunia. Ku harap dikau sentiasa mengingati janjimu sebelum datang ke sini.. Dan bantulah kami menjadi ayah dan ibu terbaik dalam mendidik mu.. Insya-Allah..

Read more...

Berita yang dinanti, Khabar yang ditunggu...

>> Sunday, October 4, 2009

Salam Alaik dan Salam Sejahtera..

Meneroka beberapa blog tentang kehamilan, terjumpa info-info dari macam2 orang.. Rata-rata mereka semuanya gembira dengan khabar kehamilan mereka.. Ya, ramai ibu yang begitu gembira dan excited dengan kehamilan pertama mereka. Malah, setelah lima kali kehamilan pun, mereka masih menikmatinya dengan baik.. Ada macam2 tulisan berkaitan kehamilan mereka dalam macam2 blog.. Teringin benar aku membaca luahan kegembiraan isteriku kelak. Insya-Allah.

Bagaimana pula dengan kalian? Adakah gembira atau tidak dengan berita kehamilan diri kalian atau kehamilan isteri kalian?

Mungkin ada yang menjawab ya. Kerana itulah impian mereka sejak bergelar suami isterii.

Namun, ada juga yang menjawab tidak. Kerana kononnya mereka tidak bersedia lagi.

Apa2pun, aku sangat gembira dengan berita seperti ini. Kerana ia memberikan harapan bahawa aku berpeluang menjadi matang lagi. Insya-Allah. Dan aku pastinya isteriku juga bergembira dengannya. Enjoy every seconds of your pregnancy, bak kata orang putih... =]

Read more...

  © Blogger template Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP