Salam Eid Adha!



Salam Alaik dan Salam Sejahtera..

Kabare semua? Waras kah? Hehe.. Aku harap semua sihat sempurna dalam jagaan Allah.. Kadangkala tak termampu nak jaga diri, lalu serahkan segala kekuasaan pada Allah.. Maha Penjaga Segala Hati Manusia..

Tiba musim Eid Adha ini, sudah tentunya bermcam cerita tentang ibadah Haji, Tanah Suci Mekkah dan segala yang berkaitan akan keluar.. Maka, di setiap waktu akan bergema lambaian suara.. Takbir dan lambaian suci haji..

Di Astro Oasis dan juga TV9, banyak menyiarkan rancnagan berkaitan dengan ibadah haji.. Menceritakan pelbagai kenangan manis dan menginsafkan di Tanah Haram.. Hati ku begitu berbunga mendengar cerita2 tersebut..
Sejujurnya, sejak menuntut di KISAS, aku berazam untuk melangkah ke bumi bertuah itu.. Pernah juga terfikir untuk buat personal loan semata2 untuk pergi umrah.. Bila terdengar tentang kisah pengalaman orang ke sana, hatiku sedih.. Kenapa aku tidak berpeluang ke sana.. Sewaktu kecil, UmmiAbah pernah juga berkata yang UmmiAbah berusaha untuk bawa kami semua adik beradik untuk tunaikan umrah.. Namun, sehingga saat ini kami masih belum berpeluang lagi.. Jelas, Allah tangguhkan rezeki kami, semata-mata mahu beri kami lebih persedian.. Mungkin..
Bercerita soal persediaan, ramai mempersoalkan persediaan keinginan aku ke Tanah Suci.. Demi Allah, aku menolak tanggapan atau prinsip "Bersedia dulu baru pergi..".. Bagi aku, "Bersedia dengan cara pergi!"..

Allah, aku bukan berlagak atau bongkak dalam soal ini. Aku cuma mahu ke sana secepat mungkin menemui-Mu Allah.. Sepanjang 24 tahun aku di bumi Mu, banyak dosa dan kemaksiatan yang telah aku lakukan.. Lantaran itu, aku mahu cepat bertemu Mu. Moga ia jadi titik tolak perubahan besar dalam diriku.. Moga, 24 tahun pertama hidupku tidak menggugat kehidupanku akan datang..


Tadi, lepas solat sunat Eid Adha, aku dan zaujah menonton TV9... Menceritakan tentang kisah pasangan yang ke umrah dengan sumbangan orang... Lantas terkesima melihat keazaman dalam dirinya.. Pasangan itu bernazar untuk ke Tanah Suci, lantas rezeki itu hadir dengan sumbangan.. Itu rezeki tandanya.. Lalu, zaujah ku bersuara "Abang, kite pun kena bernazar la Abang..".. Terdiam hatiku mendengar cadangan itu..
Sesungguhnya, seawal pernikahan kami, memang kami berazam untuk 'honeymoon' di Mekah menunaikan umrah bersama.. Namun, kami hanya merancang, Yang Maha Melaksana pula mengurniakan kami zuriat di awal2 pernikahan kami.. Syukur tidak terhingga dengan zuriat yang dikurniakan.. Alhamdulillah.. Namun, impian berdua untuk ke Tanah Suci tidak akan terpadam begitu saja..

Kini, kami berdua merancang untuk ke Tanah Suci pada musim cuti sekolah 2010.. Malah aku telah 'menjemput' adik beradikku yang lain untuk sama-sama kumpul duit untuk ke umrah.. Nescaya, satu kegembiraan buat kami semua, andai dapat bersama di Tanah Suci untuk mensucikan hati..




Buat Isteriku Sayang,Abah,Ummi,Along,Abg Razi,Kak Ijah,Acik,Dekdi,Adib dan Asim... Mari berazam kumpul duit, untuk ke Tanah Suci pada Disember 2010.. Bersama menunaikan umrah, serta meletakkan 'garis panduan' baru dalam kehidupan keluarga kita.. Agar sentiasa disayangiNya dan dijauhkan dari segala petaka yang tidak diingini..

Buat Allah dan Muhammad, nantikan keazamanku menjadi realiti.. Allah, aku tidak tertahan menanggung seksa neraka Mu, namun aku jua sedar aku tidak layak menghuni syurgaMu... =')







Friday, November 27, 2009

1 Comment:

niknurbaiti said...

salam abg..sonoknye kalo dpt g mekah kn..hrp2 ade la rzki g umrah thn dpn..kalo haji xmmpu lg kot,huhu