Salam Alaik dan Salam Sejahtera.. Salam 1Malaysia boleh tak? heh!
Alhamdulillah, dikala ini isteri tersayang sehat disamping keluarga mertua di Telipot, Kota Bharu. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan.. Dari perkara kecil, hingga ke perkara besar.. Nyata, pergantungan ini tidak sedikitpun terasa sukar.. Lantaran Allah mengurniakan hampir segalanya buat aku dan isteri.. Bukan mahu mendabik dada, tapi mahu menjadi golongan yang bersyukur.. Ada sedikit bersyukur, ada banyak tambahkan kesyukuran.. Jangan sesekali menilai apa yang tiada pada diri kita, tapi menilailah pada apa yang telah kita miliki.. Itulah tanda orang yang sentias abersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah.. Insya-Allah..
Teringat malam pertama selepas Eid Adha.. Ketika itu kepenatan berkejaran disiang hari setelah selesai ibadah korban.. Sebelum mata terpejam, sengaja aku meletakkan telinga ke perut isteriku.. Lantas aku berkata:
"Kalau dengar ayah bercakap, gerak la sikit..."
Tanpa sempat berbuat apa-apa, tiba2 bayi aktif kami tersebut menendang (mungkin juga menumbuk) tepat ke telinga ku.. Terkejut dan berdesing telinga ku.. Tendangan itu amat kuat, dan tepat pada telingaku.. Nyata, bayi kami mendegar suara ku.. Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan kami bayi yang sihat dan insya-Allah sempurna.. Ameen...
Mengikut pembacaan ku, bayi sudah mula mendengar bunyi-bunyian dari luar dengan jelas ketika usia mencecah 15 minggu.. Ini bermakna, setiap patah butir bicara kita diddengari oleh bayi.. Bayangkan, kalau ada ibubapa yang mencarut, memaki hamun dan bergaduh disaat ini, alangkah malunya kita.. Menunjukkan contoh yang tidak baik pada bayi akan dilahirkan kelak.. Sungguh memalukan... |Nauzubillah...

Patutlah, ibu-ibu hamil amat digalakkan untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran kepada bayi.. Malah digalakkan untuk sentiasa membaca al-Quran.. Kerana saat itu,bayi sudah mula mendengar.. Dengan cara itu, maka bayi yang lahir akan tertanam sifat cintakan Quran.. Malah, ada juga yang menyarankan kami untuk membeli headphone mp3 untuk kami letak di perut isteri untuk memperdengarkan selawat-selawat dan zikir-zikir.. Mungkin cara ini juga berkesan dan bijak dalam mendidik anak-anak dengan terbaik..
Allah, disaat segalanya hampir bermula, ku pohon pada Mu, kekuatan aku dan isteri.. Semangat juang yang tinggi buat isteri.. Kekuatan dan kemudahan buat isteri.. Moga segalanya adalah mudah, normal dan sempurna lantaran kuasa Mu..Allah, aku memohon pada Mu, memberi ku kesempatan bersama isteri disaat aku diperlukan.. Mohon diperkenankan..
Allahua'lam..

2 Comments:
hehe,klaka kn time tu..doakn km sihat di sini ye abg
Mesti dok berdebar menunggu kelahiran cahaya mata yang pertama ye.. InsyaAllah dan mudah-mudahan semuanya selamat...
Post a Comment