Kembali Bekerja...

Salam Alaik dan Salam Sejahtera..

Kabare semua? Akhirnya aku menulis lagi.. Biar pendek, namun catatan dihati harus diluah.. Tak boleh simpan lama-lama, nanti meletop dada.. Hehehe... Ya, memori di dada kecil cuma, tak muat menyimpan pelbagai cerita dan cita yang terlalu banyak di dunia..

Kan lebih baik di luah.. Sebagai psikologis, meluah merupakan perkara susah namun amat baik.. Luah lah, biar segala rasa terserlah.. Biar segala perit terjerit.. Biar segala susah tertumpah.. Biar segala rasa terkata.. Biar segala dunia tahu bahawa aku tidak berdendam.. (Bermadah la pulak..)


Bekerja Setelah Penat Bercuti

Hm, Alhamdulillah, aku dah mula bekerja semula, setelah bercuti 4 hari sempena Aidil Adha.. Memang cuti yang memenatkan sebab perjalanan Putrajaya-Kota Bharu memakan masa lebih dua belas jam, lantaran kesesakan jalan yang melampau.. Berita di tv pon cakap, jem kali ni mmg dashyat, mengalahkan raya Puasa hari tuh.. Dasyhat2!


Cerita jem, tak dapat nak dicerita disini.. Sebab jem tuh terlalu panjang, tak muat nak cerita kat blog nih =P.

Kenapa Bersalin di Kelantan?

Cerita yang aku nak cerita nih tentang kehidupan aku dan isteri.. Kini, aku 'bujang' sementara.. Meninggalkan isteri di Kota Bharu untuk bersalin disana.. Keputusan ini kami buat demi kebaikan bersama.. Ramai juga yang bertanya dan mempersoalkannya.. Ade yang kate, "nape tak biar isteri bersalin di PUtrajaya jer, then lepas bersalin, hantar la balik ke kampung.. Saat macam ni, dia perlukan semangat suami.."

Ya, benar sekali tanggapan itu. Tapi ia kurang tepat untuk kami.. Setelah berbincang bersama, maka kami putuskan untuk membenarkan isteri bersalin di Kota Bharu.. Banyak faktor yang kami fikirkan, termasuklah soal 'kerakyatan' si anak.. Saya dilahirkan di KL, dan isteri dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan. Namun, kedua-dua kami membesar di luar Kelantan.. Aku di Kuala Lumpur, Ipoh dan Putrajaya, manakala isteriku di Kedah dan Ipoh.. Sebab tuh kami pilih untuk lahirkan anak sulung kami di Kelantan.. Biarlah darah Kelantan terus mengalir dalam keturunan kami.. Insya-Allah..

Namun, perkara paling penting yang menyebabkan kami memilih untuk isteriku bersalin di Kelantan kerana soal pengalaman kami. Aku juga mahu memberi masa buat isteriku untuk bersama mama dan papa sepanjang baki tempoh pregnancy ini.. Semoga dapat dikutip sedikit ilmu dari papa dan mama untuk mendidik anak kami kelak.. Insya-Allah..

Soalnya, kerana aku mahu isteriku gunakan peluang ini dengan baik bersama mama dan papa.. Itu saja.. Bukan kerana aku, tapi kerana kita semua.. Insya-Allah.. Buat zaujah tercinta, jaga diri baik2 disana.. Jangan buat kerja berat2.. Ambil baki masa yang ada ini untuk berehat sepuasnya.. Semoga baki ini digunakan dengan baik untuk belajar mendidik dan dididik.. Insya-Allah.. Biarlah kerinduan ini jadi modal untuk kita teruskan cinta kita kerana-Nya..

Semoga ianya memberi manfaat bersama.. Insya-Allah


Tuesday, December 1, 2009

1 Comment:

niknurbaiti said...

huhu..penat btol jem hr tu..rse mcm mnyesal je blek kg time tu..better duk rehat kt putrjya je.huhu.really2 miss u