Kehadiran Penuh Hikmah dan Nikmah..

Salam Alaik dan Salam Sejahtera..

Apa khabar iman kita sahabat?Moga segalanya dlm lindungan Yang Maha Esa..Lama sgt rasanya tidak menulis di blog ini..Tiap kali melawat blog ini rasa sepi pula tanpa post baru..Hingga isteri menegur mana tulisan terbaru utk mengubat rindunya.. Alhamdulillah, kini ku tahu,blog ini bukan laman kosong sepi, tapi laman yang dinanti isteri yang setia dan pembaca yang sudi berkongsi, memberi dan menerima.. Terima kasih..

Alhamdulillah, blog post kali ini, tidak lain hanyalah utk menghargai dan mensyukuri kurniaan yang satu dan ulung ini.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Pertamanya, jutaan terima kasih buat isteri dan kekasih hati tercinta, Madam Nik Nurbaiti atas jasa dan pengorbanan besar 9bulan mengandungkan, menjaga dan melahirkan zuriat sulung kami.. Terima kasih kerana tanpa jemu berusaha tanpa mengira penat dan sakit.. Terima kasih..

Tuan Puan yang senantiasa dalam lindungan Allah,
Tanggal 15 Disember 2009 yang lalu, zaujah saya telah selamat melahirkan puteri sulung kami.. Ilham Sakinah binti Ahmad Izzuddin Fahmi nama diberi.. Merupakan anak sulung ayah dan ibu, cucu sulung Ummi Tok dan Abah Tok, cucu perempuan sulung Nenek dan Atuk, juga cicit sulung Ma. Malah juga cicit perempuan sulung Abah dan Che.. Alhamdulillah, puteri sulung ini dilahirkan normal tepat jam 2.14pagi.. Dengan hanya seringan 2.35kg semasa kelahirannya, bayi itu normal tanpa sebarang sakit dan cacat.. Terima kasih Allah.. =')

Dilahirkan sebagai puteri sulung, aku yakin kekurangan dan cabaran yang datang bukannya calang-calang.. Dalam serba kekurangan ilmu ttg anak kecil, kami berdua sbg ibu dan ayah sentiasa bersedia utk belajar memikul tanggungjawab ini dgn baik dan cemerlang,iA.. Bermula dgn cabara semasa di dewan bersalin, disitu aku belajar bahawa bukan mudah seorang ibu melahirkan anak.. Kira-kira jam 11malam aku menemani isteriku di labour room, hingga selamat bersalin jam 2.14pagi.. Kurang empat jam itu, aku belajar hampir empat juta perkara tentang kehidupan.. Bukan menipu,tapi sejujurnya,terlalu banyak ilmu yg aku pelajari..

Sahabatku,
Ingatkah dikau ttg hadith Rasulullah SAW tentang aula' nya ibu adalah tiga kali berbanding ayah? Mengapa? Kerana 'seksanya' ibu melahirkan kita.. Tidak semudah yg kita sangkakan.. Ketika berada bersama isteri semasa berusaha melahirkan putri sulung kami, aku benar-benar tersentuh.. Betapa apa yang aku lakukan utk ummi ku tidak memadai dgn pengorbanannya selama ini.. Lantas, setelah keluar dari labour room, aku menaip sms memohon maaf pd ummi dan abah atas segala dosa ku selama ini.. Dan tekadku, tidak lain tidak bukan utk terus berusaha menjadi anak soleh yang akan memastikan tiket syurga milik ummi dan abah, tanpa ragu!! Insya-Allah..

Sahabat,
Aku yakin, jika kamu ada ruang masa dan peluang, maka berada lah di dalam labour room menemani isterimu bersalin.. Aku yakin, disitu terlalu banyak ilmu yang untuk mereka YANG SUKA BERFIKIR TETANG KEKUASAAN ALLAH DAN HIKMAH KEHIDUPAN. Insya-Allah..

Pada yang pernah mengingari dan menderhakai kedua ibu bapa mu (nauzubillah), nescaya kamu adalah manusia paling rugi di dunia dan akhirat!! Selagi tidak bertaubat dan tidak memohon ampun dari kedua ibubapa mu, aku yakin bahawa hidupmu tidak sedikitpun tenang dan diredhai Allah. Percayalah.. Aku juga harap ruang taubat terbuka utkku..

Buat diriku, kalau tidak mampu menghadiahkan jutaan wang buat ummi dan abah, cukuplah untuk terus menghormati, menyayangi dan mendoakan kesejahteraan ummi dan abah.. Allah, selagi hidup mereka di dunia ini, berikan aku ruang yg lebih luas utk berbakti pada mereka..

Allahummaghfirlanaa zunuubana waliwaalidaina warhamhumaa kamaa robbayaana soghira... Ameen

Tuesday, January 5, 2010

1 Comment:

niknurbaiti said...

salam..terima kasih abg atas segalanya..teruskn brbakti pd umi abah..smga dberi lbh byk ruang n peluang utk itu..all d best! doakn km d sini..=)