Assalamualaikum WMH dan SAlam Sejahtera..
Ape khabar semua? hampir tiga bulan blog ini membisu.. Tanpa suara, tanpa idea baru.. Maaf dipinta buat rakan yang setia menjenguk walau tanpa khabar baru.. Namun, coretan-coretan lama masih lagi relevan untuk terus dibaca..
Itulah nilai ILMU.. Biarpun ilmu itu dicipta berjuta tahun lalu, namun ia tetap relevan hingga ke hari ini.. Itulah konsep yang ingin aku bawa... Menitipkan seberapa banyak ilmu dalam laman buruk ini, agar suatu hari nanti, biar aku telah dikafan dan dikuburkan sekalipun, ilmu dan ideologi yang aku bawa disini tetap subur dan mekar.. Malah sentiasa berkembang dan memberi manfaat pada insan sejagat.. Itulah impian aku.. Terlalu besar untuk direalisasi, namun tetap akan diusahakan..
Kawan-kawan,
Aku manusia kecil.. Sangat kecil dan kerdil.. Tidak punya apa-apa keistimewaan pun dalam dunia ini.. Tapi, sekerdil aku ini, aku mempunyai impian yang amat besar.. Impian dalam membina generasi muslim berminda kelas pertama..
Aku mahu sangat melihat generasi akan datang, semuanya sihat mindanya.. Minda yang sihat, menjanjikan ketaatan dan kekuatan iman.. Itu suatu kepastian.. Kalau kamu sihat minda, kamu akan dapat membezakan yang haqq dan yang bathil.. Jika kamu sihat minda, kamu akan dapat menganalisis dan mengkaji tiap ciptaan Allah, dan akan mengagumi serta mengagungkan Allah.. Itulah pentingnya minda yang sihat..
Bicara soal minda yang sihat, aku bukanlah pakarnya.. Aku cuma tempelan kecil.. Namun tempelan aku memberi pengukuhan besar buat seluruh asasnya.. Umpama dinding rumah yang dibina.. Sememangnya konkrit dan batu bata itu yang paling kukuh, namun simen jua yang menambah-kukuh binaan tersebut.. Itulah impian aku..
Generasi bermina kelas pertama, bukan calang impian.. Di mana harus bermula? Mudah saja.. Mula lah dari dalam diri sendiri.. Minda kelas pertama harus bermula dari diri kita sendiri.. Dan secara automatiknya akan terdidik pada anak kita.. Dan generasi yang seterusnya.. Bila harus bermula? Jangan tunggu sampai esok! Mula lah hari ini! Sekarang!
Apa itu minda kelas pertama? Minda kelas pertama bukannya pung-pang-pung-pang seperti yang dibicara ahli politik.. Minda kelas pertama bukan deretan buku yang diterbitkan 100 unit sehari.. Minda kelas pertama bukan jumlah buku yang habis dibaca setiap hari.. Minda kelas pertama buku buku berkilo-kilo yang dipikul anak kita ke sekolah.. Minda kelas pertama bukan deretan penerima Ijazah Doktor Falsafah dari kalangan anak bangsa kita.. Minda kelas pertama bukan keputusan peperiksaan SPM 23A1.. Minda kelas pertama bukan menang pertandingan bahas atau menang lumba F1 di Sepang.. Bukan! Bukan! Bukan! Bukannnnnnn..~!
Itu bukan minda kelas pertama.
Kawan-kawan,
Minda kelas pertama itu mudah saja. Jumpa sampah di tepi jalan, kita kutip dan buang. Itu minda kelas pertama. Jumpa duit di tepi jalan, serah pada yang sepatutnya. Itu minda kelas pertama. Nampak pendatang asing tanpa izin, report pada polis atau imegresen. Itu minda kelas pertama. Nampak jenayah berlaku di depan mata, bersama berusaha mencegah, bukan hanya call polis. Itu minda kelas pertama. Nampak jiran balik kampung, tolong tengok2kan rumah jiran. Itu minda kelas pertama. Nampak Mat Saleh kat negara kita terpinga-pinga, tegur lah tanya nak kemana. Bantu mana yang mampu. Itu minda kelas pertama. Nampak tempat parking kereta orang cacat, jangan gatal nak parking walaupun sekejap. Itu minda kelas pertama. Masuk kerja pukul 8pagi, balk pukul 5petang tanpa punch card, sebab integriti. Itu minda kelas pertama. Sebelum orang hulur rasuah, dah tolak siap2. Itu minda kelas pertama. Ada majlis gotong royong di kawasan rumah, sama-sama join tanpa mengelat. Itu minda kelas pertama. Nampak trafic lyte warna merah, cepat2 berhenti bukan meredah selaju mungkin. Itu minda kelas pertama. Dan tak overtake di garisan berkembar, itu minda kelas pertama.
Simple betul minda kelas pertama ni yer.. Semudah perkara-perkara kecil sebegitu jer..
Ye kawan-kawan, minda kelas pertama itu tersangat lah simple.. Dan tersangat lah mudah.. So, bila mahu bermula? Hari ini!
Bila minda ligat berfikir, tapi tangan malas menari....
Tarian Pena pakDean pada 4/26/2010 08:40:00 PM
Labels: Hikmah Kehidupan, Ilmu, motivasi, Psikologis, Ujian dan Masalah
0 Comments:
Post a Comment