Membina Minda Positif Melalui Psikologi Positif
www.iLuvislam.com
Ahmad Izzuddin Fahmi Che Ab Rahim
Editor : Im Koyube

Artikel ini dimuatkan di
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2513



Aku terdiam sebentar. Tersenyum. Usiaku baru saja ingin menjengah suku abad. Terlalu pendek usia jika dibandingkan dengan senior di depan aku berdiri. Di depan aku kini, pegawai senior yang sudah berusia lebih setengah abad. Dua kali ganda usia ku. Ada yang seusia ayah ku, malah yang lebih tua dari itu. Dalam perkhidmatan awam, kadangkala usia menjadi ukuran. Yang tua itu senior, dan harus dihormati. Dan muda itu baru, tidak tahu apa-apa. Ya, ini prinsip yang betul dan tepat. Orang tua memang selalunya betul dan tepat. Sebab apa? Sebab mereka tua la, heh. Tapi tidak semestinya. Kita harus berfikiran terbuka. Kadangkala orang muda juga betul, kita harus buka minda. Dalam mencari yang terbaik dalam sesuatu, yang tua dan yang muda harus bergabung. Barulah dapat berjaya dengan cemerlang. Samalah dalam organisasi kita ini. Yang tua harus berkongsi dengan yang muda. Yang muda juga perlu hormati yang tua. Tidak semestinya ketua itu betul, kadangkala ketua juga perlukan nasihat, dari golongan orang bawahan.

Gambar : testi.iluvislam.com


****************

Bukan itu yg ingin aku bawa. Aku cuma mahu berkongsi rasa tentang rencah hidupku. Perjalanan hidupku tidak sehebat kalian. Tidak secanggih kalian. Tidak semewah kalian. Tidak sepandai kalian. Perjalanan hidupku terlalu perit bagi yang lemah. Dan terlalu membosankan bagi yang penakut.

Dilahirkan sebagai anak ketiga, memang besar cabarannya. Ada orang kata, anak yang ditengah-tengah itu rendah self esteemnya. Aku pernah terbacanya. Anak di tengah-tengah (contoh macam aku 3 dariada 7 beradik) ini selalunya di’lupa’kan. Kenapa? Kerana selalunya bila anak dah ramai, ibu bapa akan kurang perhatian padanya. Sebab tu jugak orang selalu kata anak yg tengah2 nih selalu buat perangai. Sebab nak tarik perhatian mungkin. Tapi berbeza dengan aku. Dulu aku memang rasa macam kurang kasih sayang. Tapi aku silap. Bila aku dah belajar psikologi, baru aku tahu, mana yang kurang dan mana yang lebih. Ternyata aku juga cukup kasih sayang.

Aku tidaklah sepandai kalian dalam pelajaran. Dan aku juga tidak bodoh. Aku dulu bersekolah di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh. Sekolah agama swasta. Sewaktu di sekolah rendah, aku tak pernah dapat no satu. Dan tak pernah juga dapat nombor last. Aku selalu ditengah-tengah aje. Mungkin no 17 daripada 31. Itu yang aku ingat. Pandai tidak, bodoh jauh sekali. Sampai peperiksaan UPSR, aku Cuma dapat 3A 2B. Waktu itu aku sangat sedih, sebab aku kecewakan ummi dan abah.

Lepas tu, bila masuk sekolah menengah, aku masih di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh. Bermakna, dari tahun 1991 hingga 2002, aku di sekolah yang sama. Dalam didikan acuan yang sama. Dalam bi’ah yang sama. 11 tahun ditempat yang sama, pastinya semua orang kenal. Dan sewaktu exam PMR, aku dapat 2A 5B 2C. Heh. Masih juga teruk. Masih juga mengecewakan ummi dan abah. Aku masih ingat, aku menangis sepanjang hari. Paling aku tidak dapat lupa, ummi kata “Iju jangan kecewa. Perjalanan masih jauh. Biar tak pandai, yang penting akhlak terjaga”. Lepas tu, aku terus baca quran. Aku ingat, aku habiskan 30 juzuk quran dari petang sampai keesokan paginya. Dalam kekecewaan itu, aku memang tidak dapat tidur....

Sehingga SPM, aku cuba perbaiki dan pertingkatkan diri. Aku belajar dengan semahunya. Berkawan dengan orang yang pandai. Malah mula belajar stay up. Belajar tengah malam, bangun tahajud dan hajat. Agak menggila stadinya. Tapi bila keluar result, tidak sebaik yg aku sangka. Cuma 2A 6B dan 2C. Tak jauh beza dengan PMR. Paling membahagiakan ummi adalah kerana dua A dari SPM itu adalah subjek Syariah dan Quran Sunnah.

Sehingga selesai SPM, abah mencadang menjual rumah yang dimiliki di Taman Melawati Selangor untuk menanggung perbelanjaan untuk aku belajar ke Jordan. Impian abah untuk melihat anaknya ke bidang agama di negara timur tengah masih belum dimakbulkan Allah, hingga kini. Aku bertekad ke KISAS untuk ambil STPM hasil cadangan ummi dan istikharah. Ummi mencadangkan KISAS kerana bagi ummi Kolej Islam merupakan tempat penuh sejarah. Kerana ummi pernah dibesarkan di bumi Kolej Islam Klang (KIK) dari 1974 hingga 1977. Malah ummi juga Best Student STPM Selangor pada 1977, juga sewaktu di KIK. Malah, 6 daripada 7 beradik ummi, kesemuanya warga KIK.

Ummi pernah cerita, ummi ralat tidak dapat ambil sendiri anugerah tersebut di atas. Kerana Arwah Ayoh (atuk saya) tidak cukup duit untuk bagi ummi tambang ke Selangor. Kerana jarak Kelantan ke Selangor terlalu jauh dan mahal ketika itu. Malah ummi juga ralat kerana tidak dapat ditemuduga dan tidak dapat berkongsi rahsia kejayaan ummi. Sampai hari ini, kalau bertemu kawan-kawan ummi sewaktu di KIK dulu, pasti mereka akan berkata “Ummi kamu ni kamus arab bergerak. Segala kalimah arab ada dalam kepala dia. Sambil tidur pun dia boleh jawab kalau ditanya.”. masya-Allah, hebat ibuku. Siapa sangka. Memang tidak dinafikan ummi hebat berbahasa arab, kerana Arwah Ayoh merupakan guru (ustaz) yang mengajar arab. Arwah Ayoh juga digelar sebagai Muhammad ‘Sibawaih’ kerana hebat nahu arabnya seperti tokoh nahu sorof Amar bin Qanbar Abu Bisyr atau digelar Sibawaih.

Itu cerita ummi. Cerita aku berbeza. Pelik. Walaupun ummi dan adik beradiknya cerdik teramat, kami adik beradik pula tidak mewarisinya gen cerdik genius itu. Kami cuma boleh belajar, tidak bodoh, dan boleh faham. Tapi tidak dapat straight A macam ummi dan juga ibu bapa saudaraku. Pelikkah? Tidak pelik. Sebab kemampuan manusia itu berbeza.

Berada di KISAS, mengajar aku banyak perkara. Mematangkan aku lebih dari usia sebenar ku. Teringat pesan sahabat sewaktu mula menjejak kaki ke KISAS, “ini masanya untuk mengubah diri dan potensi diri. Kerana disini semuanya org yang baru dikenali. Tiada satu pun rahsia dan keburukan kita yang mereka ketahui. Maka bina yang positif-positif aja. Buang jauh yang negatif...!”. menarik, persepsi yang baik tentang perpindahan atau ‘hijrah’. Di tempat baru, tiada orang tahu kita tidak pandai. Maka kita harus tingkatkan potensi diri.

Di KISAS, aku terpilih menjadi Ketua Pelajar (KP). Biarpun bukan sebagai Ketua Umum, namun ia merupakan peluang besar dalam mengubah diri dan mendidik jiwa. Hakikatnya, ummi mencadangkan agar aku berusaha untuk dipilih sebagai KP. Kerana bagi ummi, KP di KISAS akan banyak mendidik. Benar kata ummi, KP di KISAS banyak mendidik. Mana tidaknya, berdiri di hadapan ratusan pelajar terbaik dari seluruh ceruk Malaysia akan mendidik keyakinan diri kita, akan memupuk semangat bekerja kita, dan akan membantu kita dalam belajar. Itu pengalaman yang hebat.

Di KISAS aku banyak belajar tentang kehidupan. Cabaran dalam kehidupan terlalu banyak. Terlalu banyak duri yang harus dibuang sebelum melangkah satu persatu ke hadapan. Memang sukar. Tapi itulah hakikatnya. Paling penting, apa yg ummi terapkan, supaya akhlak perlu melebihi segalanya itu akan pasti aku laksanakan.

Selesai STPM dengan keputusan yang tak seberapa juga, aku ke UKM. Memilih bidang Psikologi lantaran minat yang mendalam untuk memperbaiki diri. Nyata, kelemahan diri, cercaan, hinaan, kutukan dan cabaran dari kawan-kawan tidak pernah melunturkan semangat aku. Aku mahu terus memperbaiki diri. Menjadi lebih baik. Tiga tahu sebagai pelajar Sarjana Muda Psikologi membuatkan aku tidak puas. Nyata tiga tahun terlalu sekejap. Tidak dapat aku mempelajari tentang dunia, malah diri sendiri pun belum habis diteroka lagi. Justeru, aku memilih menyambung Sarjana Falsafah Psikologi. Dengan harapan, persoalan tentang minda dan diri akan terus dapat dirungkaikan dan dijawab. Dan dengan itu, aku akan lebih menghargai diri dan kekuasaan Allah dari setiap ciptaan-Nya.


**************


Lamunan aku tersentak, jauh sungguh perjalanan aku untuk sampai ke sini hari ini. Nyata, pengorbananku berbaloi. Aku kini mampu berdiri dihadapan Tan Sri, Dato Seri, Dato dan Datin, pegawai atasan JUSA dan pelbagai gred hingga ke staf sokongan dan pelajar. Bukan mahu berbangga atau berdabik dada, apatah lagi mahu riak dengan apa yang dimiliki. Cuma mahu berkongsi penat lelah untuk berjaya.

Siapa tahu, sebelum ini bangun dengan cacian dan makian. Siapa sangka.

“Kamu ingat kamu layak ke nak masuk sekolah asrama?”

“Kamu jangan fikir result kamu tu cukup bagus”

“Kamu sambung master degree guna sijil SPM ker?”

“Tak sangka orang macam kamu pun boleh masuk universiti”

“Ala, kos Psikologi tu senang jer, aliran sastera. Kacang.. Budak tak pandai pun boleh”

“Bukan ko dulu buat STPM je ker, macamana boleh buat master pulak”

Siapa boleh sangka perkataan itu yang didengar setiap hari dari rakan-rakan dan orang sekeliling. Bagi yang tidak sihat mentalnya, pasti awal-awal lagi sudah mengalah. Namun itu bukan aku. Negatif aku pada lima minit pertama sahaja. Pabila masuk minit ke enam, sudah pastinya segala rasa positif hadir dan menggempur. Akan ku tangkis semuanya untuk berjaya dan berdiri.

Mungkin kisah ini cuma kisah kecil bodoh tanpa erti buat yang lain. Tapi ia kisah motivasi untuk aku berdiri.

Bagi aku, tiada rahsia dalam kejayaan ini.

Pertama, yakin dengan Allah. Dia adalah segalanya. Perancang, pengatur, pemusnah dan pemberi. Dia boleh lakukan apa saja. Yang paling penting adalah yakin. YAKIN dengan Allah. Saya masih ingat, dalam bank saya Cuma ada RM60, dan masih berbaki 15 hari untuk dapat gaji. Tapi saya yakin. Dan rezeki saya tidak pernah putus dalam tempoh 15 hari tersebut. Alhamdulillah, ada saja rezeki. Trust me, saya sudah melaluinya!

Kedua, hormati ibu bapa kamu. Kerana disitu terletak kunci kejayaan kamu. Usaha saja tidak cukup. Bila ibu bapa kamu redha dengan apa yang kamu lakukan, pasti tiap satunya akan diberikan kemudahan oleh Allah. Sampai hari ini, saya masih bertanyakan pendapat ummi abah sebelum melakukan sesuatu. Malah saya berkahwin dengan wanita yang ummi abah setujui. Kalau saya ada talk di mana-mana pun saya akan bagitahu ummiabah, dan mintak mereka doakan. Trust me, saya sudah melaluinya!

Ketiga, jaga akhlak kamu. Biar bodoh dalam pelajaran, tapi jangan hodoh dalam akhlak. Busuknya akhlakmu menentukan busuknya masa depan mu. Biarpun kamu Cuma seorang pengutip sampah sahaja, tapi ibu bapamu dan seluruh alam pasti akan BERBANGGA dengan akhlak solehmu. Trust me, saya sudah melaluinya!

Keempat, minda positif membina tingkah laku positif. Itu kunci utama dalam kejayaan. Hasil kajian psikologi mendapati mereka yang selalu fikirkan perkara negatif mempunyai tahap kepuasan hidup yang rendah. Malah penghargaan kendiri juga rendah. Itu fakta. Untuk berjaya, usah fikirkan perkara negatif. Orang yang berjaya, akan sentiasa memikirkan kejayaan dalam setiap apa yang dilaksanakannya. Malah dalam mindanya sudah terbayang saat kejayaan dikecapi. Ya, berangan. Kita perlu berangan. Apa saja bermula dari angan-angan dan impian. Kalau kamu fikirkankan kejayaan, kamu akan berjaya! Seingat aku, aku tidak pernah berkata 'tidak' untuk apa sekalipun. Malah aku sentiasa mengajar isteri dan anakku agar sesekali jangan mengeluh dan menyesali apa saja yang berlaku dalam kehidupan ini. Membina minda positif melalui psikologi positif. Trust me, saya sudah melaluinya!

Berapa ramai hari ini yang bodohkan diri dengan membunuh diri. Ingatlah, Allah telah awal-awal betitahu pada kita, “Tidak aku bebankan hamba-Ku dengan apa yang tidak mereka daya”. Bermakna setiap cabaran yang ada dalam hidup kita ini adalah cabaran yang mampu kita hadapi. Itu bukan apa yang saya kata, tapi apa yang Tuhan kita kata. Percayalah pada-Nya dalam menggapai impianmu dunia dan akhirat.

Semoga Allah bersama kita dan perjuangan bersama iluvislam.com. Barakallahulakum! Wallahua’lam.

Ahmad Izzuddin Fahmi Che Ab Rahim

Kaunselor @ iluvislam.com

Monday, May 10, 2010

4 Comments:

ummuzaqeera said...

Salamun alaik...salam ziarah.Rasa terharu membaca cerita ini.Saya juga pernah mengalami pengalaman seperti akhi.Diperlekehkan semata-mata kerana mengambil bidang kaunseling bukan undang-undang seperi yang pernah dihajatkan oleh guru-guru dan rakan-rakan termasuk ayah sendiri.Namun,suntikan semangat dari ibu dan diri sendiri yang nekad..saya bertekad mendalami bidang ini dan Insya ALLAH..akan berusaha sedaya mampu untuk menjadi kaunselor yang hebat suatu masa nanti,amin...Insya ALLAH..

Ummuzaqeera said...

Salam..terkesan dengan kisah encik.Dulu,ramai yang kutuk bila saya buat keputusan untuk duduki STPM..Akhirnya,kini saya berjaya menempatkan diri dan sedang mengorak langkah untuk menjadi seorang kaunselor.

abanglong said...

salam

satu entry yang amat menarik.melangkaui skop kehidupan.

mungkin boleh disambung...

tatkala kita melangkah dengan lebih jauh, ayat ayat sedemikian makin kerap kita dengar malahan hampir kesemuanya datangnya dari orang yang hampir dengan kita..

keturunan kau tak pernah berniaga tau..takkan kau boleh
aahhh mana boleh orang melayu buat robot
apaa laa kau nak susah.. kerja makan gaji kan senang...
tu laaa dulu kerja besar berhenti nak buat bisness...
..
.
.
itu semua satu cabaran dan satu dugaan.

wAllahuallam.

Anonymous said...

assalamualaikum...perkongsian yg sgt bagus..memberi motivasi utk diri terus berusaha(nak exam akhir beberapa hr lg)..just nk cakap yg saudara sgt beruntung krn dr kecil punya ibu dan bapa yg mendidik saudara dgn ilmu agama yg sempurna..tidak seperti sy dan adik beradik sy sendiri,,tp alhamdulillah sy diberi hidayah ketika di universiti skrg...dan sy yakin ALLAH punya perancanganNYA utk sy..itu pilihan ALLAH utk sy..mgkin ALLAH nak sy jadi sinar hidayah utk mereka..doakan sy terus kuatutk bw diri dan keluarga dkt dgnNYA..